I Love Cars

Proton Saga 1.5L 1985

Saya suka dengan kereta, apa-apa tentang kereta pasti menarik minat saya untuk tahu. Sebab itulah saya selalu melawat showroom kereta yang  berdekatan. Kalau ada  launching new model,mesti saya akan datang dan request untuk test drive kereta tersebut. Tapi biasalah, selalu tak dapat nak test sebab baru lagi ataupun Q panjang sangat, so saya selalu pegi time lepas seminggu dua kereta tu launched baru dapat nak test.

Test drive Honda Accord 2.4

Gambar kat atas ni masa saya bawak kawan pergi test drive Honda City grade E(yang ada shifter kat steering tu). Mula-mula test City, lepas saya request nak test Honda Accord 2.4, kebetulan kawan sekolah kerja kat situ, so dapat lah test..hehe.

Test drive Hyundai Sonata 2.4

Gambar yang ni pula, masa saya dan cousin2 saya melawat pameran kereta anjuran Maybank. Pameran ni special sket sebab mana-mana company yang dapat anugerah pada tahun itu, diorang akan bagi testdrive kereta2 tersebut. Maknanya kereta2 yang dapat anugerah dan terbaik sahaja yang dipamerkan dan berpeluang untuk test drive. Hmm..memang melonjak lah hati bila dengar. So yang ni saya tengah test kereta Hyundai Sonata 2.4 (hi-spec). ni lah kereta Hyundai yang paling cantik yang pernah dorang buat, kata2 pengkritik la, tapi bagi saya memang cantik! memang tak bosan langsung bila tengok kereta ni.

Mazda 2 1.5

Ini pula kereta baru Mazda 2 1.5 (A), kereta ini sangat mudah dipandu, ringan dan tahan lasak..seperti ramai kata, it’s-fun-to-drive-car. Ia dilengkapi dengan sistem keselamatan standard seperti dual-airbag, ABS, 16inch wheels, electric steering, dan byk lagi.

 

2011 Hyundai Elantra/Avante

Posted in Automotif | Leave a comment

Kamera Digital

Assalamualaikum semua…hari ini saya ingin membuat soft-launch blog pertama saya yg menggunakan wordpress.com…hehe

Dengan percubaan pertama saya ini, saya ingin berkongsi minat saya terhadap gajet yang ringkas..iaitu Kamera Kompak Digital.

2005 5MP Kodak EasyShare C360

Ramai diantara kita yang tiba-tiba minat dalam dunia fotografi ini, padahal suatu ketika dulu, fotografi dianggap sesuatu yang membosankan dan kurang menarik lantas ia hanya sesuatu perkara yang dipandang biasa.

Kuala Terengganu

Tapi pada zaman ini, dengan adanya lambakan kamera digital dipasaran yang menawarkan harga yang berpatutan dan berkualiti tinggi, ramai yang meminati dan menghargai apa itu fotografi.

Canon IXUS 300HS

Saya seperti mereka yang lain hanya membuat sedikit ‘exploration’ tentang gajet mudah ini di mana kita boleh membuat sesuatu yang lain dan agak menarik untuk dilihat.

Jangan lah anda merasa rendah diri jika anda belum mampu untuk memegang kamera DSLR yang telah pun menjadi ‘trend’ orang kreatif zaman sekarang.

Canon 5D Mark-II

Mula dengan kamera biasa dan belajar guna fungsi-fungsi yang ada pada kamera biasa tersebut. Lihat sekeliling, banyak benda yang kita terlepas pandang, benda biasa pun boleh menarik perhatian kita jika kita kreatif dan berfikiran luas.

Nikon Coolpix S8100

Nikon D90

Senja Puchong Utama

Masa ni baru je balik dari office, tiba2 ternampak sunset yg cantik…cahayanya memancar dari bawah..terus saya snap guna landscape mode dan inilah hasilnya.

 

Cendawan

Adakalanya kita kalau nak snap gambar yang menarik kita kena imagine yang kita kena jadi benda tu. Saya pun pratikkannya pada gambar cendawan yang ada di laman rumah saya.

Kompleks Sukan MPSJ

snapshot ni masa MPSJ buat satu karnival untuk staff dan orang ramai. Tengah saya duduk2 kat track tu, datang idea..terus snap!

Belalang Tempur

Ini macam biasalah kalau nak fokus kat objek kecil..kita guna super macro mode. Banyak kali jugak try..

Rama-rama

Rama-rama kat pagar rumah ni pun saya guna super macro mode (Kodak C360).

Nama saya Gray

Haa yang ni kucing kat rumah..saya panggil dia..terus saya snap..salah satu angle yang agak menarik bagi saya.

Posted in Fotografi | 2 Comments

TerBaboo!

Assalamualaikum!

Welcome to DOHANi WALASiZO ‘s Blog page.

 

Posted in Fotografi | 1 Comment